Mawi bertunang dengan ikin?

Wednesday, September 17, 2008


KUALA LUMPUR: Mawi yang baru saja putus tunang dengan Nordiana Mohd Naim, Julai lalu, kini heboh diperkatakan sudah menghantar rombongan untuk menyunting seorang pelakon jelita dari Johor Bahru.

Desas-desus itu kini bertiup kencang di Felda Taib Andak, Kulai, dan Johor Bahru, malah semakin tersebar di ibu kota berikutan kepulangan semula kebanyakan warga negeri itu ke sini selepas Aidilfitri.

Pelakon yang dikatakan dipilih juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu ialah Nora’Asikin Rahmat (Ikin), 27, yang membintangi drama bersiri baru, Kawan di TV3.

Ikin juga kakak kepada pasangan kembarnya Nora’ Ain Rahmat (Aien) yang pernah menganggotai kumpulan wanita sensasi, Elite dan turut membintangi drama Kawan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, khabarnya rombongan keluarga Mawi datang ke Johor Bahru menemui keluarga Ikin untuk majlis merisik, malah mereka dikatakan sudah menghantar cincin tanda kepada Ikin.

Majlis merisik itu dikatakan dibuat sekitar dua bulan lalu, tetapi secara senyap-senyap dan hanya dihadiri keluarga rapat kedua-dua selebriti itu bagi mengelakkan diketahui media massa.

Jiran terdekat kediaman lama Ikin di Flat Larkin, Johor Bahru, turut hangat membincangkan kisah Mawi-Ikin itu yang dimaklumkan sendiri oleh keluarga terdekat pelakon baru itu. Mengukuhkan lagi kisah rombongan keluarga Mawi menghantar cincin tanda kepada Ikin, penduduk Felda Taib Andak sekarang riuh bercerita mengenai berita terbaru penyanyi popular kelahiran kampung itu. Pejabat Harian Metro di sini, turut menerima beberapa panggilan telefon dari Johor dan penduduk Felda Taib Andak bertanyakan kesahihan gosip Mawi-Ikin itu.

Difahamkan perkenalan mereka berputik ketika Ikin dan Aien menghadiri majlis berkaitan program Resume Untuk Mawi, tidak lama dulu.

Sejak itu, hubungan mereka semakin intim, malah wujud pelbagai versi cerita, antaranya Ikin dikatakan sanggup menghabiskan ratusan ringgit mengundi Mawi ketika program AF3 dan menziarah jenazah bapa Mawi di Kulai.

Pasangan ini juga dikatakan sentiasa berkepit dan paling panas apabila kedua-duanya didakwa saling berkunjung ke rumah masing-masing.

Ikin ketika ditemuramah Harian Metro dalam halaman RAP pada Ogos lalu, mendakwa dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Mawi dan menjadi mangsa gosip berikutan kerjayanya dalam bidang seni baru bermula.

Menurutnya, walaupun pernah menemui bintang pujaan ramai itu, namun tiada apa-apa yang berlaku kerana mereka tidak pernah bertegur sapa seperti yang menjadi bualan mulut orang.

Mengulas mengenai kehadirannya dalam satu majlis berkaitan program Resume Untuk Mawi, Ikin berkata, dia datang ke situ atas undangan seorang sahabat baik yang juga kakitangan Kelab Peminat Mawi World.

“Pada majlis itu saya dan Aien menjadi tumpuan lensa kamera, barangkali kerana Aien pernah menganggotai Elite selain kami pasangan kembar.

“Mungkin kerana itu orang berfikir bukan-bukan dan menganggap serong kehadiran kami sehingga timbul gosip kononnya saya dan Mawi ada hubungan,” katanya.

Pembabitan Ikin dalam dunia lakonan bermula apabila Munir dari kumpulan Phyne Ballerz memberitahunya dan Aien bahawa sutradara, Aziz M Osman sedang mencari pelakon kembar untuk drama terbarunya, Kawan.

Sebelum mengambil keputusan tinggal bersama Aien di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu, Ikin menetap di Johor Bahru dan mengusahakan butik keluarga, Nuit D’nose. [Petikan dari Harian Metro]

0 comments:

 

ShoutMix


Dapatkan chat widget disini

Followers

rate

hit counter

© 2010 ( ^ ___ ^ ) Design by Dzignine
In Collaboration with Edde SandsPingLebanese Girls